Search This Blog

Monday 25 March 2013

Bakul Sia



Bakul Sia kebiasaannya diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.
Ia terdiri daripada beras, daging, kain, kuih muih dan sebagainya sehingga ia menjadi salah satu daripada bahan yang dilihat semasa upacara perkahwinan. Bakul Sia mempunyai satu tingkat hingga ke beberapa tingkat. Corak hiasan dan besarnya bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan seperti mana yang dikehendaki oleh pemiliknya.


Tuesday 19 March 2013

Kereta Lembu


Kereta lembu merupakan kenderaan dua roda yang ditarik oleh lembu. Ia merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa silam lagi dikebanyakan tempat di dunia. Ia masih digunakan hari ini di mana kenderaan moden terlalu mahal atau infrasturktur tidak menyokong kereta.
Kereta lembu yang ditarik oleh seekor lembu atau lebih kebiasaannya digunakan bagi mengangkut barangan. Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai khas yang diikat pada kayu gandar, tetapi tali sahaja mungkin juga digunakan bagi seekor atau dua lembu. Pemandu dan pengiring barangan akan duduk di hadapan, dan beban dimuatkan di belakang. Secara tradisi barangan di bawa merupakan hasil pertanian dan balak.

Friday 16 November 2012

Kerepek Ubi



Kerepek ubi adalah sejenis makanan ringan, kini telah dipelbagaikan perasanya agar lebih sedap. Terdapat dalam pelbagai perasa seperti pedas, kari dan lada hitam. Sesuatu yang menarik tentang kerepek ubi, hanya ubi terpilih sahaja yang dapat menjadikan kerepek ubi lebih sedap dan lembut. ubi kuning yang berumur lapan bulan adalah yang terbaik, manakala ubi putih akan menjadikan kerepek sedikit keras.

Kini terdapat ramai usahawan yang mengkomersialkan kerepek ubi dengan pelbagai perasa. Salah satu makanan ringan yang menarik terdapat di Malaysia.

Tuesday 13 November 2012

Gula Melaka



Gula Melaka juga dikenali dengan nama Gula Tuak, merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapa di Melaka. Gula yang diperbuat dari air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka yang asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat yang banyak terdapat dipasaran kini.


Sumber : wikipedia

Cencaluk



Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Proses pembuatan cencaluk memerlukan beberapa kaedah untuk membuatnya dan ia perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap dirasa apabila dimakan.

Udang geragau yang segar iaitu tanpa direndam dengan air akan dicampurkan dengan garam dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan-bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayan kecil.Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk diperam selama tiga hari. Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk.


Sumber : wikipedia



Belacan


Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama., Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan memerlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi terdapat beberapa orang usahawan telah berjaya mengkomersialkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual.

Sumber: wikipedia