Search This Blog

Monday 25 March 2013

Bakul Sia



Bakul Sia kebiasaannya diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.
Ia terdiri daripada beras, daging, kain, kuih muih dan sebagainya sehingga ia menjadi salah satu daripada bahan yang dilihat semasa upacara perkahwinan. Bakul Sia mempunyai satu tingkat hingga ke beberapa tingkat. Corak hiasan dan besarnya bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan seperti mana yang dikehendaki oleh pemiliknya.


Tuesday 19 March 2013

Kereta Lembu


Kereta lembu merupakan kenderaan dua roda yang ditarik oleh lembu. Ia merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa silam lagi dikebanyakan tempat di dunia. Ia masih digunakan hari ini di mana kenderaan moden terlalu mahal atau infrasturktur tidak menyokong kereta.
Kereta lembu yang ditarik oleh seekor lembu atau lebih kebiasaannya digunakan bagi mengangkut barangan. Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai khas yang diikat pada kayu gandar, tetapi tali sahaja mungkin juga digunakan bagi seekor atau dua lembu. Pemandu dan pengiring barangan akan duduk di hadapan, dan beban dimuatkan di belakang. Secara tradisi barangan di bawa merupakan hasil pertanian dan balak.