Bakul Sia kebiasaannya diperbuat
daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas
tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan
seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.
Ia terdiri daripada beras, daging, kain, kuih
muih dan sebagainya sehingga ia menjadi salah satu daripada bahan yang dilihat
semasa upacara perkahwinan. Bakul Sia mempunyai satu tingkat hingga ke beberapa
tingkat. Corak hiasan dan besarnya bakul ini bergantung kepada kemampuan dan
tujuan seperti mana yang dikehendaki oleh pemiliknya.
No comments:
Post a Comment